Tuesday, December 28, 2010

We are all stand on behind one flag

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya


Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Serius,meremang bulu roma aku saat lagu ini dinyanyikan serentak oleh lebih 90 000 penonton kat stadium hari tu.Perasaan ini takkan boleh datang semasa menonton perlawanan Manchester,Kelantan mahupun Selangor.Ya,seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh menyanyikan lagu ini untuk satu pasukan,satu barisan(line up).Dan tidak malu untuk aku mengatakan,air mata hampir menitis.Pernahkah anda menyanyikan lagu negaraku dan barisan kita bersama lebih 90 000 orang di satu masa?

Lupakan segala isu perkauman,perbezaan negeri,perbezaan politik dan segala macam isu remeh yang memecahbelahkan rakyat negara kita.Dalam satu stadium keramat,semua kaum,bangsa,dan agama BENAR-BENAR bergabung(baca:benar-benar) tanpa perbezaan idealisme.Dan tidak keterlaluan aku kata kalau Mahathir duduk sebelah Anwar Ibrahim pun mereka akan bersorak dan bertepuk -tampar manja saat gol dijaringkan.Aku sendiri pun bersorak riang dan bersep-sep tom-tom dengan orang sekeliling yang tidak aku kenali saat gol dijaringkan(nota:sebab datang lambat,kawan-kawanku yang sungguh baik hati masuk dulu,aku lost ngn diorg.thnks FRIENDS).

Dan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menimbulkan suasana pesta,menari dan bersorak riang.Dia macam melalui satu jalan cerita,ada marah(waktu first half bila player tak perform lagi),gaduh-gaduh mulut(dengan indonesia fans),lawak(bila satu stadium laungkan indon bodoh,balik dan sebagainya),kecewa(bila perlawanan mungkin berhenti akibat laser),dan tentunya gembira pada ketika setiap gol dijaringkan.Mercun agak membantu memeriahkan suasana.

Semua suasana di stadium tidak dapat dirasai di rumah dan aku pasti,setiap daripada rakyat Malaysia yang telah hadir ke stadium akan bangga mengaku mereka hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut.Terima kasih pasukan Malaysia.


2 comments:

Anonymous said...

ak g gak..gla gmpk arh dow.

Anonymous said...

ye betul...
pengalaman manis yg takkan dpt dilupakan...tak penah bersorak gegap gempita camni...