Thursday, December 30, 2010

At last.

Tanggal 29 hb Disember,Suzuki Cup Malaysia yang punya..haha

Manelah menatang jawe totok JULIA PEREZ tuh,kata nak bogs.dasar jawe totok kuat gebang.oh..Luna Maya ada tadi dan dia sangat cun(sah2 kacukan dong).Khairul Fahmi hot,kachak,hebat.(nota:apek) jadi topik utama kat facebook.Apa de hal,keeper KELATE tu boh.dan MPV wtf??Firman utina,player yang sepak penalti pon macam bapuk lorong Haji Taib jah.Kasi apek takpun mat yo la.laser ada gak tadi,tade hal.laser indon mari,low class,tak cukup power la tu.haha.bomoh-bomoh indon tak cukup kuat kot tadi.dan.apekah =_= melihat indon-indon kontrak bangga sangat dengan gol-gol diorang.

RILEK JE APEK.



Detik ni akn ak jdkn bedtime story utk cucu ak nti.haha


So.its noted.

Malaysia the new asean champion.at last

psst:Rajagobal bole dapat datuk ka?

Tuesday, December 28, 2010

We are all stand on behind one flag

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya


Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Serius,meremang bulu roma aku saat lagu ini dinyanyikan serentak oleh lebih 90 000 penonton kat stadium hari tu.Perasaan ini takkan boleh datang semasa menonton perlawanan Manchester,Kelantan mahupun Selangor.Ya,seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh menyanyikan lagu ini untuk satu pasukan,satu barisan(line up).Dan tidak malu untuk aku mengatakan,air mata hampir menitis.Pernahkah anda menyanyikan lagu negaraku dan barisan kita bersama lebih 90 000 orang di satu masa?

Lupakan segala isu perkauman,perbezaan negeri,perbezaan politik dan segala macam isu remeh yang memecahbelahkan rakyat negara kita.Dalam satu stadium keramat,semua kaum,bangsa,dan agama BENAR-BENAR bergabung(baca:benar-benar) tanpa perbezaan idealisme.Dan tidak keterlaluan aku kata kalau Mahathir duduk sebelah Anwar Ibrahim pun mereka akan bersorak dan bertepuk -tampar manja saat gol dijaringkan.Aku sendiri pun bersorak riang dan bersep-sep tom-tom dengan orang sekeliling yang tidak aku kenali saat gol dijaringkan(nota:sebab datang lambat,kawan-kawanku yang sungguh baik hati masuk dulu,aku lost ngn diorg.thnks FRIENDS).

Dan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menimbulkan suasana pesta,menari dan bersorak riang.Dia macam melalui satu jalan cerita,ada marah(waktu first half bila player tak perform lagi),gaduh-gaduh mulut(dengan indonesia fans),lawak(bila satu stadium laungkan indon bodoh,balik dan sebagainya),kecewa(bila perlawanan mungkin berhenti akibat laser),dan tentunya gembira pada ketika setiap gol dijaringkan.Mercun agak membantu memeriahkan suasana.

Semua suasana di stadium tidak dapat dirasai di rumah dan aku pasti,setiap daripada rakyat Malaysia yang telah hadir ke stadium akan bangga mengaku mereka hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut.Terima kasih pasukan Malaysia.


Tuesday, December 21, 2010

Final AFF Suzuki Cup:Bukan sekadar final?

Malaysia akan bertemu Indonesia pada perlawanan akhir AFF Suzuki Cup.

Adakah ianya sekadar bola sepak?

Pada zahirnya,ianya kelihatan seakan-akan hanya sebuah final.Ya,sebuah final diamana 22 orang pemain berebutkan sebiji bola.

Tetapi,yang sebenarnya,ia bukan hanya sebuah perlawanan bola sepak.Maruah kedua-dua negara terletak dan digalas oleh kesebelasan utama mereka yang akan diturunkan nanti.
Umum mengetahui betapa bencinya segelentir(baca:segelintir!!!) rakyat Indonesia terhadap negara kita.(baca:ini bukan untuk menaikkan racism).

Dan.betapa gembiranya seluruh indonesia melihat pasukan kita di'GANYANG'5-1 di Stadium mereka pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.Oh ya,kehadiran di stadium tersebut penuh(baca:penuh!!!)

Jadi?
Ini bukan sekadar bola sepak,
ini melibatkan maruah negara.
Oh,lihat bendera negara apa yang terletak di bahagian atas kiri dada setiap pemain.
Jalur gemialng.Ye anda pandai.bukan lagi lambang FAM(baca:kalau pakai lambang FAM,kalah,maruah FAM yang calar)
Jadi.sama-samalah kita beri sokongan penuh,penuhkan stadium pada 26hb 12.
Anda tidak mahu melihat Malaysia Diganyang lagi.KAN?

Thursday, December 16, 2010

Malaysian..

Malaysian..

Walau macammana mereka maki dan hina pasukan bola sepak negara pun,masih ada rasa cinta disudut hati mereka..

Malaysian..

Mereka sanggup turun ke stadium beramai-ramai untuk menyaksikan pasukan negara yang memang sudah berapa banyak kali mengecewakan mereka..oh,pada hari bekerja.

Malaysian..

Ye.Malaysia adalah TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Malaysian..

Akhirnya..Mereka memperoleh kegembiraan hasil sokongan padu mereka.

FULL TIME: MALAYSIA 2 - 0 VIETNAM :)

Hantu Kak Limah Balik Rumah

wow.full.

Ramai yang tengok filem nih sebab tahu ia adalah sambungan zombi kampung pisang.

Okla.

Bagi aku ini bukan filem terbaik Mamat Khalid..Zombi Kampung Pisang masih lagi yang terbaik.

Cuma,filem ini tetap menghiburkan.aku rasa ia sangat menghiburkan di awal-awal filem.
Cuma,komedinya semakin berkurang di hujung2 filem.

Tapi,mungkin aku kena tengok kali kedua.Ya,kali kedua.Kerana Zombi Kampung Pisang membuatkan aku terlena panjang semasa kali pertama menontonnya dahulu.Man Laksa juga sangat membosankan pada kali pertama.Mungkin filem Mamat Khalid hanya akan menghiburkan aku pada tonotnan kali kedua?yelah kot.

Apa-apapun,filem ini tetap jauh lebih baik dari filem-filem bodoh Malaysia yang lain.

Tuesday, December 14, 2010

Spirit?

Tadi aku pergi beli tiket malaysia lawan Vietnam esok.

Intro.

dan.aku masih kena beratur.wow.ingatkan tak payah beratur.rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang masih sokong team negara nih.Orang depan2 aku tu pulak sorg2 beli 4-5 tiket.

Habis beli tiket.aku ronda-ronda gerai2 yang da mula buka kat sekitar stadium.Ingat na beli satu baju.Harga dia.mak datuk.memang diorang akan cekik punya masa2 nih.baju rm10 jadi rm20.aku ingat na beli jersey baru(pirate punya tapi ada nike).tapi tade lagi jual..so,aku ronda2 jela.baju pirate yang tade nike pon dia bole jual rm 40.Yang peliknya,ramai pulak orang beli.Ni dah semangat habis da nih..bagus2.kalau aku,pk 4-5 kali la nak beli.Dan konfem2 esok dia akan turunkan harga.Tapi lebas habis match la.haha(Da basi)

Itu je aku nak cerita.Pasal orang2 semangat kewarganegaraan kuat nih..congrats kepada mereka.

Malaysia lawan Vietnam

Rabu,15 hb disember akan berlangsungnya separuh akhir Suzuki Cup.

ahaha..agak skema intro diatas.

Malaysia msuk semi final.aku tak jangka pun lepas Malaysia ditelanjangkan 5-1 oleh indonesia.Tapi,satu tindak balas yang baik daripada anak buah K rajagobal atau mungkin juga boleh dikaitkan dengan kehadiran Khairul Fahmi Che Mat?

Persepsi.
Ya.rakyat Malaysia berhak untuk berkata

''alah..bola sepak malaysia,tak kemana.kalah lah tu nanti''

dan

''Ngan Indon pun kalah 5-1.Vietnam juara bertahan kan?konfem kalah''

Tapi,sedarkah anda.ha.dan anda bahawa setiap pemain Malaysia memakai jersi yang terletaknya bendera negara apa?(rujuk:jersi baru,yang lama lambang FAM)

MALAYSIA!!!

so..tidak kiralah anda tengok kat stadium ke,tv ke malam rabu ni.yang penting,sokonglah pasukan negara kita(tapi kalau maen cam tapir silalah tukar channel atau keluar stadium.haha)

Posting ini tidak ditaja oleh FAM kerana SAYA ANTI FAM.