Tuesday, November 11, 2008

Kepelikan Umat Islam Zaman Sekarang

Peliknya umatku...
Bola punya pasal, pukul 3 pagi pun boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh solat sunat Tahajjud 2 rakaat. Padanya, waktu itu cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku...
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari rancangan nyanyian realiti. Airmata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sangat umatku yang sudi melinangkan airmatanya sebagai taubat kepada Yang Maha Esa? Berapa sangat umatku yang menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku...
SMS berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi, jari-jemari begitu berat untuk mengambil seringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Malah, tangan terasa begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku...
Gembira dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai bermain piano malah, sedih sekali apabila anaknya tidak dapat memasuki Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan sebagainya. Namun, tidak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta Al-Quran dan tidak ramai pula umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada Yang Maha Esa.

Peliknya umatku...
Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan. Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan. Namun, sedihnya program Allah 5 kali sehari di masjid tidak mendapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun untuk 5 minit cuma.

Peliknya umatku...
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah Al-Quran. Tidak cukup dengan peringkat kebangsaan, dibuat pula peringkat antarabangsa bagi memartabatkan Al-Quran serta untuk memupuk semangat untuk membacanya tapi, dengan Al-Quran pun masih lagi bersikap ikut selera. Jangan kata hendak membacanya, malah memandangnya pun sudah rasa bosan. Namun, bila membaca majalah hiburan, novel cinta, komik dan lain-lain tidak payah pula disuruh. Malah, sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata ingin menumpukan perhatian di dalam membaca.

Peliknya umatku...
Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari Merdeka dan pada hari Tahun Baru. Tepat jam 12, mereka akan bersorak beramai-ramai. Tidak kira jantan atau betina, detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata untuk melihat jam besar. Sedihnya, tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya umatku...
Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. Tidak salah rasanya kalau kita sedar dan cuba untuk menyedarkan.

Sebenarnya, banyak lagi kepelikan umat Islam zaman sekarang ini. Ini hanyalah secebis dari kepelikan mereka semua. Oleh itu, sedarlah wahai manusia semua, atau pun dengan erti kata lain, wahai umat Islam semua.

Hidup ini bukanlah untuk selama-lamanya. Oleh itu, manfaatkanlah hidup anda dengan sebaik mungkin ke jalan yang diredhai oleh Allah.

5 comments:

Anonymous said...

nk menangis aku baca artikel ni..insaf sgt...kpd yg x insaf lg tuh cpt2 la bertaubat...

Anonymous said...

hai sedare,

mu bile na tobat?
tulis pasal tobat,
kat bawah event gig.
lawak la wei!
inilah realiti!
tok pendakwah hanya omong kosong!
ckap ta serupa bikin!
ckap sket mcm mne org nk ikowt dakwah ko!
gig da la bercampur laki pompuan

pojak said...

haha ok2...aku delete gig to..haha

Anonymous said...

tu br la tobat sedare!
ahah!

pojak said...

orait..haha