Sunday, January 2, 2011

Lalang oh lalang

Satu Malaysia dah tahu Harimau Malaya menang Suzuki Cup.Dan,secara tiba-tiba dan drastiknya,ramai yang rakyat 'cerdik bola' muncul.Oh.we are the hard fan more than Ultras Malaya seolah-olah itu yang cuba digambarkan.ouch.wtf?

Kembali ke tahun 2007.

Salah satu kedai sukan(lokasi tak ingat) melelong baju Malaysia Original pada harga hanya RM 80(baca:baju tu patutnye harga RM256).Alasan tuan kedai,stok lama,tak laku2.

Peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup.

Ali:woi,jom curi-curi tengok Malaysia lawan Indon kat Dewan selera
Abu:kau gila ke?esok paper BI la(SPM),eh,malaysia maen piala apa?
Ali:ala..jomla,demi negara..BI kau goreng-goreng je
Abu:ok2.

mereka bukak tv dan

Abu:aku da agak.Malaysia takkan pernah menang
Ali:ala,,ni maen kat indon la..baru first match..............

29 DISEMBER 2010
wall paper Harimau Malaya Pictures, Images and Photos

Abu sms Ali:woi,gempak ar diorang maen..tak sia-sia aku sokong diorang.

psst:Datuk Jahid Jahim minta tukar nama HARIMAU MALAYA..selama ni tak bising pon.

Thursday, December 30, 2010

At last.

Tanggal 29 hb Disember,Suzuki Cup Malaysia yang punya..haha

Manelah menatang jawe totok JULIA PEREZ tuh,kata nak bogs.dasar jawe totok kuat gebang.oh..Luna Maya ada tadi dan dia sangat cun(sah2 kacukan dong).Khairul Fahmi hot,kachak,hebat.(nota:apek) jadi topik utama kat facebook.Apa de hal,keeper KELATE tu boh.dan MPV wtf??Firman utina,player yang sepak penalti pon macam bapuk lorong Haji Taib jah.Kasi apek takpun mat yo la.laser ada gak tadi,tade hal.laser indon mari,low class,tak cukup power la tu.haha.bomoh-bomoh indon tak cukup kuat kot tadi.dan.apekah =_= melihat indon-indon kontrak bangga sangat dengan gol-gol diorang.

RILEK JE APEK.



Detik ni akn ak jdkn bedtime story utk cucu ak nti.haha


So.its noted.

Malaysia the new asean champion.at last

psst:Rajagobal bole dapat datuk ka?

Tuesday, December 28, 2010

We are all stand on behind one flag

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya


Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Serius,meremang bulu roma aku saat lagu ini dinyanyikan serentak oleh lebih 90 000 penonton kat stadium hari tu.Perasaan ini takkan boleh datang semasa menonton perlawanan Manchester,Kelantan mahupun Selangor.Ya,seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh menyanyikan lagu ini untuk satu pasukan,satu barisan(line up).Dan tidak malu untuk aku mengatakan,air mata hampir menitis.Pernahkah anda menyanyikan lagu negaraku dan barisan kita bersama lebih 90 000 orang di satu masa?

Lupakan segala isu perkauman,perbezaan negeri,perbezaan politik dan segala macam isu remeh yang memecahbelahkan rakyat negara kita.Dalam satu stadium keramat,semua kaum,bangsa,dan agama BENAR-BENAR bergabung(baca:benar-benar) tanpa perbezaan idealisme.Dan tidak keterlaluan aku kata kalau Mahathir duduk sebelah Anwar Ibrahim pun mereka akan bersorak dan bertepuk -tampar manja saat gol dijaringkan.Aku sendiri pun bersorak riang dan bersep-sep tom-tom dengan orang sekeliling yang tidak aku kenali saat gol dijaringkan(nota:sebab datang lambat,kawan-kawanku yang sungguh baik hati masuk dulu,aku lost ngn diorg.thnks FRIENDS).

Dan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menimbulkan suasana pesta,menari dan bersorak riang.Dia macam melalui satu jalan cerita,ada marah(waktu first half bila player tak perform lagi),gaduh-gaduh mulut(dengan indonesia fans),lawak(bila satu stadium laungkan indon bodoh,balik dan sebagainya),kecewa(bila perlawanan mungkin berhenti akibat laser),dan tentunya gembira pada ketika setiap gol dijaringkan.Mercun agak membantu memeriahkan suasana.

Semua suasana di stadium tidak dapat dirasai di rumah dan aku pasti,setiap daripada rakyat Malaysia yang telah hadir ke stadium akan bangga mengaku mereka hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut.Terima kasih pasukan Malaysia.


Tuesday, December 21, 2010

Final AFF Suzuki Cup:Bukan sekadar final?

Malaysia akan bertemu Indonesia pada perlawanan akhir AFF Suzuki Cup.

Adakah ianya sekadar bola sepak?

Pada zahirnya,ianya kelihatan seakan-akan hanya sebuah final.Ya,sebuah final diamana 22 orang pemain berebutkan sebiji bola.

Tetapi,yang sebenarnya,ia bukan hanya sebuah perlawanan bola sepak.Maruah kedua-dua negara terletak dan digalas oleh kesebelasan utama mereka yang akan diturunkan nanti.
Umum mengetahui betapa bencinya segelentir(baca:segelintir!!!) rakyat Indonesia terhadap negara kita.(baca:ini bukan untuk menaikkan racism).

Dan.betapa gembiranya seluruh indonesia melihat pasukan kita di'GANYANG'5-1 di Stadium mereka pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.Oh ya,kehadiran di stadium tersebut penuh(baca:penuh!!!)

Jadi?
Ini bukan sekadar bola sepak,
ini melibatkan maruah negara.
Oh,lihat bendera negara apa yang terletak di bahagian atas kiri dada setiap pemain.
Jalur gemialng.Ye anda pandai.bukan lagi lambang FAM(baca:kalau pakai lambang FAM,kalah,maruah FAM yang calar)
Jadi.sama-samalah kita beri sokongan penuh,penuhkan stadium pada 26hb 12.
Anda tidak mahu melihat Malaysia Diganyang lagi.KAN?

Thursday, December 16, 2010

Malaysian..

Malaysian..

Walau macammana mereka maki dan hina pasukan bola sepak negara pun,masih ada rasa cinta disudut hati mereka..

Malaysian..

Mereka sanggup turun ke stadium beramai-ramai untuk menyaksikan pasukan negara yang memang sudah berapa banyak kali mengecewakan mereka..oh,pada hari bekerja.

Malaysian..

Ye.Malaysia adalah TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Malaysian..

Akhirnya..Mereka memperoleh kegembiraan hasil sokongan padu mereka.

FULL TIME: MALAYSIA 2 - 0 VIETNAM :)

Hantu Kak Limah Balik Rumah

wow.full.

Ramai yang tengok filem nih sebab tahu ia adalah sambungan zombi kampung pisang.

Okla.

Bagi aku ini bukan filem terbaik Mamat Khalid..Zombi Kampung Pisang masih lagi yang terbaik.

Cuma,filem ini tetap menghiburkan.aku rasa ia sangat menghiburkan di awal-awal filem.
Cuma,komedinya semakin berkurang di hujung2 filem.

Tapi,mungkin aku kena tengok kali kedua.Ya,kali kedua.Kerana Zombi Kampung Pisang membuatkan aku terlena panjang semasa kali pertama menontonnya dahulu.Man Laksa juga sangat membosankan pada kali pertama.Mungkin filem Mamat Khalid hanya akan menghiburkan aku pada tonotnan kali kedua?yelah kot.

Apa-apapun,filem ini tetap jauh lebih baik dari filem-filem bodoh Malaysia yang lain.

Tuesday, December 14, 2010

Spirit?

Tadi aku pergi beli tiket malaysia lawan Vietnam esok.

Intro.

dan.aku masih kena beratur.wow.ingatkan tak payah beratur.rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang masih sokong team negara nih.Orang depan2 aku tu pulak sorg2 beli 4-5 tiket.

Habis beli tiket.aku ronda-ronda gerai2 yang da mula buka kat sekitar stadium.Ingat na beli satu baju.Harga dia.mak datuk.memang diorang akan cekik punya masa2 nih.baju rm10 jadi rm20.aku ingat na beli jersey baru(pirate punya tapi ada nike).tapi tade lagi jual..so,aku ronda2 jela.baju pirate yang tade nike pon dia bole jual rm 40.Yang peliknya,ramai pulak orang beli.Ni dah semangat habis da nih..bagus2.kalau aku,pk 4-5 kali la nak beli.Dan konfem2 esok dia akan turunkan harga.Tapi lebas habis match la.haha(Da basi)

Itu je aku nak cerita.Pasal orang2 semangat kewarganegaraan kuat nih..congrats kepada mereka.

Malaysia lawan Vietnam

Rabu,15 hb disember akan berlangsungnya separuh akhir Suzuki Cup.

ahaha..agak skema intro diatas.

Malaysia msuk semi final.aku tak jangka pun lepas Malaysia ditelanjangkan 5-1 oleh indonesia.Tapi,satu tindak balas yang baik daripada anak buah K rajagobal atau mungkin juga boleh dikaitkan dengan kehadiran Khairul Fahmi Che Mat?

Persepsi.
Ya.rakyat Malaysia berhak untuk berkata

''alah..bola sepak malaysia,tak kemana.kalah lah tu nanti''

dan

''Ngan Indon pun kalah 5-1.Vietnam juara bertahan kan?konfem kalah''

Tapi,sedarkah anda.ha.dan anda bahawa setiap pemain Malaysia memakai jersi yang terletaknya bendera negara apa?(rujuk:jersi baru,yang lama lambang FAM)

MALAYSIA!!!

so..tidak kiralah anda tengok kat stadium ke,tv ke malam rabu ni.yang penting,sokonglah pasukan negara kita(tapi kalau maen cam tapir silalah tukar channel atau keluar stadium.haha)

Posting ini tidak ditaja oleh FAM kerana SAYA ANTI FAM.

Tuesday, June 15, 2010

Bola oh Bolat

Setelah hampir 4 tahun menanti.akhirnya penantian berakhir..mangkuk dunia dah kembali.
selama sebulan,

-Boss2 akan pening melihat prestasi kerja pekerja mereka.
-MC amat laku umpama goreng pisang panas lepas hujan
-Cikgu2 fed-up ngn ank murid yg tdo dalam kelas
-isteri2 akan makan hati dengan suami yang lebih pentingkan bola sepak.

-SELURUH DUNIA AKAN BERSATU KERANA SATU SUKAN

Tuesday, March 16, 2010

Untitled

Assalamualaikum.

Aku pulang dari pertapaan yang agak lama sehingga membataskan jari jemari untuk menari diatas papan keybord menulis entry baru.

Lupakan frasa pertama entry kali ini yang boleh buat aku sendiri muntah darah hijau.

Sedang aku membaca buku 'World of quotes'(tak silap aku la) kat MPH MID Valley(cam biasa..baca free),aku terbaca satu kata yang menarik untuk dikupas dalam blog aku nih.


Nobody can bring you peace but yourself


Ralph Waldo Emerson

Baca dan fahamkan.
siapa kah beliau yang agak bijak melontarkan kata-kata yang bernas nih?

fakta dicilok dari pakcik WIKI
Ralph Waldo Emerson (May 25, 1803 – April 27, 1882) was an American essayist, philosopher, and poet, best remembered for leading the Transcendentalist movement of the mid 19th century. His teachings directly influenced the growing New Thought movement of the mid 1800s.[1] He was seen as a champion of individualism and a prescient critic of the countervailing pressures of society.

ye.hanya kita yang boleh memberi ketenangan dan kemanan kepada diri sendiri.

#mangsa perang boleh jadi hidup dalam ketenangan kerana mereka berjihad di jaln allh.

#mat rempit boleh jadi sedang mengecapi keamanan semasa membuat aksi 'superman' sambil dikejar encik POLIS

#Anak remaja mungkin sangat peaceful semasa menogak air kencing setan dalam botol

dan sekali lagi diulang.Nobody can bring you peace but yourself...try wat solat hajat dan solat sunat taubat malam-malam..ada peace ke tak..assalamualaikum.!

Thursday, October 1, 2009

SAINS??

Scientist Ray Kurzweil claims humans could become immortal in as littleas 20 years' time through nanotechnology and an increased understandingof how the body works.

The 61-year-old American, who has predicted new technologies arrivingbefore, says our understanding of genes and computer technology isaccelerating at an incredible rate.

He says theoretically, at the rate our understanding is increasing,nanotechnologies capable of replacing many of our vital organs could beavailable in 20 years time.

Mr Kurzweil adds that although his claims may seem far-fetched,artificial pancreases and neural implants are already available.

Mr Kurzweil calls his theory the Law of Accelerating Returns. Writingin The Sun, Mr Kurzweil said: "I and many other scientists now believethat in around 20 years we will have the means to reprogramme ourbodies' stone-age software so we can halt, then reverse, ageing. Thennanotechnology will let us live for ever.

"Ultimately, nanobots will replace blood cells and do their work thousands of times more effectively.

"Within 25 years we will be able to do an Olympic sprint for 15 minuteswithout taking a breath, or go scuba-diving for four hours withoutoxygen.

"Heart-attack victims – who haven't taken advantage of widely availablebionic hearts – will calmly drive to the doctors for a minor operationas their blood bots keep them alive.

"Nanotechnology will extend our mental capacities to such an extent we will be able to write books within minutes.

"If we want to go into virtual-reality mode, nanobots will shut downbrain signals and take us wherever we want to go. Virtual sex willbecome commonplace. And in our daily lives, hologram like figures willpop in our brain to explain what is happening.

"So we can look forward to a world where humans become cyborgs, with artificial limbs and organs."


ye..aku tau korang bukan nak baca pon panjang2 ni kan?kesimpulannya,saintis(betol ke aku eja?) sedang mengkaji kemungkinan manusia boleh hidup kekal abadi.

???????????

Boleh ke?

Aku sebagai umat islam masih berpegang konsep setiap yang hidup pasti mati..

CREDIT:CARI FORUM.CURRENT ISSUE BOD

Update

FUH..Arini aku mengambil keputusan..tukar balik blog template..haha..skema balik blog aku..ye..aku suka skema..serabot la ngn template lawa2 nih.....

oh..da RAYA..SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir batin..

Photobucket

Wednesday, September 16, 2009

Dunia Punya Dalam

HAHAHA...
Sekarang ni tengah kecoh hal INDONESIA Busuk gaduh-gaduh ngan negara kita yang aman makmur nih..'GANYANG2 MALINGSIAL' itulah yang diorang duk lafaz2kan..seronok betol mereka tu ngan benda-benda ni..pasal lagu pon manusia nak gadoh..dinasihatkan janganlah kita pon melenting sama..toksah layan la orang2 utan ni nak memekak..sejak dulu lagi demo2 tu dok cari salah kita je..kalu dilayan sama gaklah kita ni tergolong dalam spesis2 ungka..nanti puak2 DARWINISME gunakan contoh camni pulak sokong manusia berasal dari beruk..ishh..aku dari nabi Adam..Korang aku x taulah pulak..haha

RAYA DAH DEKAT...
makin dekat raya makin banyak pulok citer2 budak putus jari,putus tangan,putus urat kentut sebab maen mercun..Satu jer yang aku heran..kalau nak raya cina takdela pulak citer2 camni..MELAYU2..Belajarlah dari cina kalu nak maen mercun...baru 1 MALAYSIA..x gitu?

SEKIAN saja sepatah dua belas kata dari aku petang2 yang nyaman ni..

Friday, August 28, 2009

Diam..

Jika kamu tidak tahu tentang sesuatu perkara..
Lebih baik kamu berdiam diri..
Kerana diam itu lebih baik dari berkata-kata..
Yang akan menonjolkan kekhilafanmu

Diam itu lebih baik daripada berdebat..
tentang perkara yang sia-sia
Diam itu lebih baik daripada mengumpat..
yang dosanya lebih dari membunuh..

Ada ulama mengatakan..
gula-gula getah dicipta untuk melalaikan umat islam..
dari berzikir..
Tetapi jika kita berkata-kata..
Tidaklah berzikir..malahan mengeluarkan perkataan kesat..
lebih baik kita kunyah gula-gula getah..
sekurang-kurangnya dapat senaman mulut..

Diam tidak bermakna bisu...
Diam tidak bermakna bodoh..
Diam-diam ubi berisi..
yela..ubi mana boleh cakap..

Ak sekadar menulis..

aku menulis entri kali ni tepat pukul 3.15 pagi..waktu yang sangat2 sesuai untuk berfikir..

skarang ni..umat islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia..dan hari ini..28 haribulan..3 hari lagi sebelum merdeka..

SYUKURlah hari kemerdekaan negara kita pada tahun ini jatuh pada bulan ramadhan..
tidak akan adalah anak2 muda yang terjebak menambah dosa dalam konsert2 sosial dia ambang merdeka(aku tak tau klu bln puasa pon ade)..
berpesta2..menyambut KEMERDEKAAN..sehinggakan lupa kita masih lagi seorang hamba yang hina di sisi ALLAH..tuhan yang maha esa..
Tahun ni merdeka kita buat solat hajat jela..doa tolak segala jenis bala yang datang kat negara kita ni..H1N1 KHUSUSNYA..
Doa semoga tamat kemelut politik kat negara kita(INSYA ALLAH)

Merdekakah kita sebenarnya?
dengan kemelut politik yang ntah bila nak abes..
betul ke kita MERDEKA?
dengan pemikiran anak2 muda disogok dengan pengaruh barat..
dah macam pelesit..
ERMM..MERDEKA LAH KOT..

YE..MERDEKA!!!
MUngkin........

Sunday, August 23, 2009

FOOTBALL...1 MALAYSIA..POLITIK

WOI!!!!!apa yang korang fikir tu..haha..mesti fikir apa kaitan bola ngan konsep 1 MALAYSIA kan??kan??

sebenanya..bola sepak..medium yang sangat2 membantu dalam mereleasasikan impian satu Malaysia..

kenapa aku tulis camni?

ok..sebagai contoh..kalau kita tengok kat kedai2 mamak hujung2 minggu..cina,melayu,india..they all unite when whatching match of their favourite team..mereka tidak mengira status..pangkat..bangsa atau agama masa tengah tengok bola sama2..dan bila pasukan kesukaan mereka menang..mereka meraikan bersama..
tiada istilah diskriminasi..pilih kasih..bumiputera..ditindas dalam hal ni..
semua bersama2 bersatu padu dengan penuh harmoni..

APA KAITAN DENGAN POLITIK????

sebaliknya..politik adalah punca utama jiga konsep 1 MALAYSIA ni gagal dilaksanakan..

anda cukup bijak untuk menganalisis mengapa saya menulis begini..
bukan setakat berlainan kau..sesama kaum pon boleh berpecah sebab benda ni..

konklusinya..aku hanya menulis apa yang terlintas di benak otakku..jangan melenting pulak..

EPL dan POSE..

agk terlambat ak berbicara tentang menatang alah ni..ahhaaha..dan agak lama gak aku tak update blog kesayangan aku nih..

ok..seperti yang semua kaum2 adam taw..(x termasuk separa adam)EPL da start balik..ye..9 bulan hidup dengan bola..9 bulan gadoh ngan anak,bini,mak,kakak yang nak tengok cerekarama ujong minggu(haha)..dan EPL tanpa CRISTIAnO RONALDO..?????

NO RONALDO NO MATTER

haha..SETAN MERAH da kalah ngn burnley..liverpool da klh ngn tottenham..chelsea nyawa2 ikan lwn hull..arsenal ok(standad ar awl season...tgh2 nti sempot ar)..tottenham,MAN CITY cam nk msuk big 4..

ye..bahang persaingan mula terasa..maybe season ni jadi big 6 kot..haha

oklah..selamat ber'ÉPL'..

dan x lpa jga..SELAMAT BERPUASA..
byk2 kanlah amalan di bulan mulia ni..setan da kna ikat..klu wat jahat gak..spa yg setan????jawabla sendiri..

ok..2 je untuk entri kali ni..

Saturday, July 18, 2009

Bola Malaysia Kembali Bernafas?

Puas..satu ungkapan paling tepat untuk aku ungkapkan skang ni..letih tak terasa bila kita puas kan?hahaha

Ye..aku baru balik dari stadium BJ tgk Mu lwn Mesia..sebelum perlawanan aku ngn bbrpa org sblhku mmg mmpersendakan mesia..haha..lawak2 seperti Mu mng 10-0 rooney hatrik..Owen skor 7..rajagopal malu besar..samapaila FAM bubar..smua mnjadi jenaka antara kami..

Dan..apabila match start..yeah..satu perkara ajaib berlaku..walaupun ketinggalan 2-0..malaysia bole kejar balik 2-2..Amri?Defender yang kental?Keeper yang konfiden..
aku memang salute sama mereka..dan bukan aku sorg..bahkan 1 stadium seperti belot kepada Mu dgn menyork bila mesia control ball walupun aku kira 80% fan pakai baju merah..

Terbukti..peminat bola sepak malaysia masih sygkn pasukan bola sepak negara kita..dan aksi permainan seperti inilah yg dinantikan..lwn mereka kali ni bkn Maldives..atau Bangladesh..tapi juara EPL ngn Club world cup..

Rajagobal..jurulatih ajaib..dia x mengendahkan kritikan org apabila memilih player under 23 except 4 org player..dan hasilnya..memang mengagumkn..aku rasa klu hrp team malaysia yg above 23..hanco bai..hanco..

Dan aku x malu mengaku mengalirkan air mata masa player malaysia amik pingat diiringi lagu setanding in the eyes..bait--bait lagu yang berbunyi

'harapan yg prnh terkulai layu,
kembali segar mekar bwh bygnmu'

betul2 menyentuh perasaan aku..ntah apsal ntah..drh pon berderau jer..bangga sgt2...

hope Team Muda ni akan mengembalikan kegemilangan bola sepak negara..mereka mmg bermain mati-matian..tak cm player mesia btol..maen cm taik..

Adios..Majulah bola untuk ke world cup 2014...

Wednesday, June 10, 2009

Apm?

ak round2 dlm talian(mcm bgos x nk gna english on9) haha..jmpa stu website..

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T1QG91KURQOQSLDJI

asl ngn website forum nih?..
kt cni bangsa2 dan umat2 indonesia sedang bangga betapa berilmu dan jaguhnya mereka dalam hal2 muzik..

punca?
ye..Anugerah Planet Muzik..diorang bangga tercalon lagi banyak dari musuh(diorang anggap) ketat dan mampat mereka..Malaysia..

dan..?
terjadi la kutuk mengutuk
antara cilanat2 yang mulanya gadoh pasal muzik..
masuk ke benda laen..

ni ak copy and paste bbrpa komen indonesian yg taksub ngn muzik

1)bakal diselenggarakan di jakarta 18 juli entar
kita dapat 185 nominasi
malingsia masih di bawah kita 175 kalo gak lupa
pasti penampilan malingsia katro dah......
kita ejek mereka di negara kita tercinta ini
kita aja menang terus....apalagi kalo di kandang sendiri wahahahahah

2)Takde lagu malaysia disini,berilah bukti bukan janji..sumpah seumur hidup gw cuma pernah dnger 4lagu malaysia di indonesia,isabela,tophat,siti, dan raihan,,tak da lagi.raihan dan sitipun tak best lagi...yg best skarang ni,st12,changcuters,wali,hijau daun....

dn byk lg..manusia2 ini bangga mengejek dan mempersendakan pemuzik2 Malaysia..
Malaysia digelar Malingsia dimana Maling i2 bermaksud pencuri..

jadi?
ni aku nak marah ni..sapa2 yang baca blog aku ni tolong gi website 2..tolong backup balik kita punya industri muzik malaysia..
tolong la..kalau bukan kita siapa lagi?

dan?
dan mulai hari ini..aku nak ingatkan lagi..Boikot atau kurangkan dengar lagu2 dari seberang..
bukan best sangat pon..
diorang dala pandang hina kat kita sebab dengar diorang nyer muzik..
they think kita x cukup muzik yang berkualiti

last?
aku harap korang wat saranan aku untuk memartabatkan balik muzik Malaysia..tq

Saturday, May 30, 2009

Just a joke...hahaha

A girl always ask a boy why he love football..sound like jealous with football cause the boys much need football than her..then the boys,with BUNKFACE reply

"Football never hurts boy hearts but girl always do it"

so for all girls..this is the reason..stop asking!!!hahaha